Assalamualaikum semua!!
Alhamdulillah.. Masih diberi kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk bernafas dibumiNya ini..
Harini saya nak share satu resepi yang sememngnya jadi pilihan pelanggan kami dikala membuat tempahan.. Roti jala!!
Cekedaut!!
Bahan2:
1 kilo tepung gandum
2 biji telur
1 tbsp garam
1 tsp baking powder
1800 ml air
200 ml minyak masak
sedikit pewarna kuning
Cara2:
Satukan bahan2 tersebut dalam mangkuk.
Gaulkan sampai sebati. selepas sebati , blend sampai smooth..
Masukkan dalan acuan roti jala atau dalam botol mata tiga...
Panaskan pan dan mulakan menjala.. Masak dalam 1-2 minit.
Angkat dan gulungkan. Make sure gulungkan masa panas...
Siap! Sedap dimakan bersama dengan kuah kari..
* Boleh dapat dalam 50 keping roti jala.
Ini acuan yang saya guna untuk buat roti jala.. :)
Selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment